Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Antologi puisi kemerdekaan dan patriotisme: warkah anak merdeka Universiti Teknologi Malaysia

Mazlan, Khalid (Penyelenggara) and Sharuddin, Noraziah (Penyelenggara) (2007) Antologi puisi kemerdekaan dan patriotisme: warkah anak merdeka Universiti Teknologi Malaysia. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0444–9

[img]
Preview
PDF
63kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Malaysiaku Gemilang begitulah tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-50 tahun yang bakal kita sambut pada 31 Ogos ini. Kemerdekaan perlu kita pertahankan dalam segala aspek kehidupan agar generasi akan datang dapat terus mengecap nikmatnya. Maka sesuai dengan itulah Antologi Puisi: Warkah Anak Merdeka Universiti Teknologi Malaysia diterbitkan khas sempena sambutan jubli emas kemerdekaan negara. Penerbitannya berjaya diusahakan hasil daripada penganjuran Sayembara Menulis Puisi Kemerdekaan dan Patriotisme Negara bagi staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Matlamat sayembara adalah untuk memperkukuhkan semangat patriotisme, di samping mencungkil bakat penyair dalam kalangan staf UTM yang rata-rata berlatar belakang disiplin sains dan teknologi. Penyertaan daripada staf akademik dan bukan akademik dari pelbagai jabatan dan fakulti di UTM Skudai, bahkan staf dari City Campus, Kuala Lumpur amat menggalakkan. Seramai 73 orang penyair terdiri daripada 30 orang staf akademik dan 43 staf bukan akademik daripada pelbagai kumpulan perjawatan menyertai sayembara ini. Sebanyak 123 buah puisi diterima dan setelah proses saringan menerusi penilaian yang berasaskan piawaian kriteria penilaian Dewan Bahasa dan Pustaka, hasilnya sebanyak 50 puisi dipilih. Inilah pertama kali penerbitan seumpama ini direncanakan sebagai satu usaha merakamkan tanda cinta dan patriotisme staf UTM dalam menyemarakkan dunia kesusasteraan tanah air.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:kemerdekaan, patriotisme, Warkah
Subjects:P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions:Others
ID Code:30040
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 11:02
Last Modified:28 Sep 2017 17:13

Repository Staff Only: item control page