Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prinsip kejuruteraan telekomunikasi

A. Rashid, Rozeha and A. Rahim, Mohamad Kamal and Mohd., Alias and Hamid, Mohamad Rijal and Mohamad Yusof, Kamaludin and Ngajikin, Nor Hafizah (2007) Prinsip kejuruteraan telekomunikasi. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0452–4

[img]
Preview
PDF
49kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Telekomunikasi ialah proses penyampaian maklumat untuk jarak yang jauh, melebihi jarak yang boleh dicapai oleh suara manusia. Sejarah membuktikan manusia asalnya menyalurkan maklumat untuk jarak jauh melalui pelbagai kaedah primitif seperti menggunakan asap, bunyi atau surat sebagai perantara. Era sistem telekomunikasi moden tercetus apabila terciptanya telefon dan berkembang sehingga kepada komunikasi melalui internet. Sehubungan itu, buku ini meneroka prinsip asas sistem telekomunikasi yang merangkumi pemodulatan analog, digit dan kekunci. Konsep asas pemodulatan analog meliputi pemodulatan amplitud dan sudut, analisis isyarat dalam domain masa dan frekuensi, operasi litar penjana dan penerima, dan kesan hingar ke atas sistem pemodulatan. Perbincangan mengenai pemodulatan digit pula mencakupi teknik penukaran isyarat analog kepada digit seperti pemodulatan delta dan pemodulatan kod denyut yang melibatkan proses pensampelan, pengkuantuman dan pengekodan talian. Kaedah pemultipleksan dan pemodulatan kekunci isyarat digit turut disertakan untuk melengkapkan pengetahuan asas kejuruteraan telekomunikasi. Buku ini juga mengandungi contoh dan latihan di akhir setiap bab yang dapat membantu mengukuhkan kefahaman pembaca di samping mampu menjadi bahan rujukan bidang berkaitan.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:kejuruteraan telekomunikasi, arak jauh, prinsip asas sistem telekomunikasi
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:30022
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:27
Last Modified:28 Sep 2017 07:05

Repository Staff Only: item control page