Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kreativiti: teori, konsep dan praktis

Abd. Hamid, Mohd. Azhar (2004) Kreativiti: teori, konsep dan praktis. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0334–2

[img]
Preview
PDF
23kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Kreativiti: Teori, Konsep dan Praktis ialah sebuah karya yang memerihalkan tentang kreativiti daripada sudut ilmiah. Disiplin kreativiti sebagai suatu sains pemikiran merupakan bidang yang masih baru dan sedang berkembang dengan pesat di Malaysia. Justeru, karya ini dilihat sebagai suatu usaha penulis untuk menyemarakkan lagi perkembangan disiplin kreativiti di negara ini. Selain itu, diharapkan buku ini dapat menjadi rujukan daripada pelbagai golongan yang ingin memahami dimensi kreativiti daripada perspektif ilmiah. Buku ini mengandungi lima bab yang digarap dan dicerakinkan dengan mudah dan menarik agar dapat memberi gambaran sebenar kepada pembaca tentang konsep kreativiti. Secara sedar atau tidak kefahaman masyarakat tentang kreativiti masih belum begitu mendalam. Dalam konteks masyarakat Malaysia, lazimnya kreativiti hanya dikaitkan dengan aktiviti dan individu yang bergiat dalam bidang seni seperti lukisan, dekorasi, gubahan, kraf tangan dan penulisan. Sedang perspektif kreativiti telah berubah sejak tahun 1950. Sejak itu, kreativiti menjadi suatu disiplin penting di institusi pendidikan di seluruh dunia. Dewasa ini, kreativiti tidak hanya menjadi subjek ilmiah disiplin psikologi malah ia telah merentasi disiplin ilmu yang lain seperti pengurusan perniagaan, sains, kejuruteraan, ekonomi, perubatan, dan pembangunan sumber manusia dan organisasi. Terkini, kreativiti mula menjadi elemen penting dalam usaha membina sebuah negara dan masyarakat yang kreatif atau dikenali sebagai kreativogenik.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Kreativiti, teori, konsep dan praktis, KREATIVITI INDIVIDU, KREATIVITI DALAM ORGANISASI
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:29965
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 15:28
Last Modified:27 Sep 2017 14:15

Repository Staff Only: item control page