Hashim, Jasmi (2003) Pemprosesan bahan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0306–7
|
PDF
43kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku Pemprosesan Bahan ini ditulis untuk memberi kefahaman mengenai kaedah pembuatan dan pemprosesan bahan kejuruteraan seperti logam, polimer, seramik, dan komposit. Di samping itu, buku ini menyediakan bahan bacaan yang dapat membantu pembaca memilih kaedah yang sesuai bagi setiap bahan kejuruteraan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, buku ini menyajikan pelbagai teknik pembuatan dan pemprosesan bahan bagi menghasilkan produk yang berguna, termasuklah proses pembentukan logam seperti pelbagai jenis proses tuangan, gelekan, penyemperitan, metalurgi serbuk; proses pembentukan dan pengacuanan plastik haba dan plastik termoset; pelbagai proses pembentukan seramik dan kaca, proses pembentukan komposit MMC, PMC dan CMC, dan juga proses penyambungan logam, polimer, dan seramik. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar semua peringkat pengajian di Institut Pengajian Tinggi dan pusat–pusat latihan kemahiran. Penghasilan buku Pemprosesan Bahan ini juga adalah didorong oleh kepentingannya sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM, dan juga merupakan bidang kajian penting bagi kursus yang berkaitan dengan proses pembuatan bahan.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pemprosesan Bahan, bahan kejuruteraan, penyambungan logam, polimer, dan seramik |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 29943 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 09 Apr 2013 01:37 |
Last Modified: | 27 Sep 2017 03:33 |
Repository Staff Only: item control page