Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengenalan sains forensik

Ahmad, Umi Kalthom and Yacob, Abdul Rahim (2003) Pengenalan sains forensik. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0322–9

[img]
Preview
PDF
35kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Pengenalan Sains Forensik ditulis dengan tujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang ini. Usaha pendokumenan ini selari dengan hasrat setiap pendidik sains forensik yang ingin melihat ilmu sains ini lebih mudah difahami dan dihargai oleh generasi masa kini. Sebahagian besar teks yang diketengahkan dalam buku ini menumpukan perbincangan kepada item bukti fizikal yang sering dijumpai di tempat kejadian jenayah. Setiap bab turut memasukkan teknik terkini analisis forensik, prosedur dan amalan pengumpulan serta penyimpanan bahan bukti. Implikasi profilan DNA dianggap penting dalam sains forensik, justeru kepentingannya dimasukkan sebagai salah satu bab dalam buku ini. Subjek DNA ditulis dengan cara yang mudah difahami oleh pembaca tanpa memerlukan latar belakang sains. Walaupun Pengenalan Sains Forensik terbit daripada kursus elektif Sains Forensik yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia, bahan subjek buku ini tidak terhad kepada pelajar universiti sahaja. Penyiasat tempat kejadian seperti pegawai polis, pegawai perubatan, ahli bomba, dan ahli kimia juga perlu memiliki pengetahuan berkenaan kaedah dan keupayaan sesebuah makmal forensik. Hanya dengan menggabungkan ilmu pengetahuan tentang prinsip dan kaedah analisis sains forensik dengan logik dan akal budi, penyiasat akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam daripada aspek kepentingan bukti fizikal dan peranannya dalam siasatan jenayah. Sememangnya, sains forensik bermula di tempat kejadian jenayah. Jika penyiasat tidak dapat mengenal, mengutip dan membungkus bukti fizikal dengan betul, instrumen atau kepakaran yang sehebat manapun tidak dapat membantu menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Di bahagian akhir kebanyakan bab, beberapa contoh kes dipersembahkan bagi menggambarkan aplikasi sains forensik dan betapa relevannya pengetahuan ini kepada dunia sebenar siasatan jenayah.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:KIMIA FORENSIK, JENAYAH, ANALISIS KACA,
Subjects:Q Science
Divisions:Science
ID Code:29935
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 09:21
Last Modified:27 Sep 2017 11:18

Repository Staff Only: item control page