Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pentadbiran undang-undang Islam Negeri Johor

Borham, Abd. Jalil (2002) Pentadbiran undang-undang Islam Negeri Johor. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0260-5

[img]
Preview
PDF
42kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Perlaksanaan Undang–undang Islam Negeri Johor bermula semasa Johor berada di bawah jajahan Melaka. Melaka telah memperkenalkan Undang–undang Melaka yang memberi pilihan antara Undang–undang Islam dengan Undang–undang Adat. Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, Johor telah melaksanakan Undang–undang Johor yang menerima pengaruh Undang–undang Melaka. Dengan terdirinya kerajaan Johor Moden pada tahun 1855, Johor terus bersungguh–sunguh melaksanakan sepenuhnya Undang–undang Islam. Ini dapat dilihat apabila Sultan Abu Bakar menggubal Undang–undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895. Pada tahun 1913, Sultan Ibrahim mengisytiharkan pemakaian kod Undang–undang Sivil Islam yang bernama Majalah Ahkam Johor. Pada tahun 1935 kod Undang–undang keluarga Islam yang dinamakan Ahkam Syar´iyyah Johor pula dilaksanakan. Selepas kedatangan penjajah Inggeris, Undang–undang Islam telah disempitkan menjadi Undang–undang Diri dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Cakupan enakmennya juga terbatas dalam hal kekeluargaan, wasiat, ibadat dan beberapa aspek muamalat Islam. Pelaksanaan Akta Undang–undang Sivil 1956 adalah penutup kepada segala Undang–undang Inggeris yang telah dilaksanakan di Tanah Melayu umumnya dan di Johor khususnya. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, bidang kuasa Undang–undang Islam dibataskan mengikut peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan. Manakala sistem mahkamahnya adalah mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 sebelum mengalami pindaan pada tahun 1984. Dengan peruntukan tersebut, sebagaimana negeri–negeri Melayu yang lain, Undang–undang Islam di negeri Johor telah dikawal sepenuhnya oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor bilangan 14 Tahun 1978.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Pentadbiran Undang-undang Islam, undang-undang keluarga Islam
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:29870
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 14:19
Last Modified:13 Jun 2017 11:42

Repository Staff Only: item control page