Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Seni bina: sejarah, teori dan kritikan

Mohamad Rasdi, Mohamad Tajuddin (2008) Seni bina: sejarah, teori dan kritikan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978-983-52-0463-0

[img]
Preview
PDF
50kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini memberi suatu pengenalan ringkas tentang bidang dan profesyen Arkitek bagi kefahaman para pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti. Buku ini memberi penjelasan tentang sejarah, teori dan kritikan seni bina. Penulisan sejarah seni bina amat penting kerana ia dapat memberi kefahaman asas tentang interaksi manusia dengan ruang yang terbina dari teknologi serta bahan setempat dan semasa. Banyak pelajaran tentang reka bentuk masa kini dapat difahami melalui pengajian sejarah seni bina tradisional dan moden. Bidang teori seni bina adalah aspek falsafah atau pendekatan menyeluruh bagi menjadikan bangunan mempunyai mesej komunikasi tersendiri kerana binaan bukan sahaja sesuatu yang ‘utilitarian’ atau mempunyai sifat kepenggunaan, bahkan juga sebagai simbol. Kritikan adalah suatu bidang seni halus yang merangkumi pandangan serta tafsiran kerja seni yang dapat membantu arkitek memperbaiki reka bentuk bangunan dengan mengambil kira kepelbagaian sudut pandangan.

Item Type:Book
Subjects:N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:29820
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:28 Mar 2013 10:06
Last Modified:05 Feb 2017 12:39

Repository Staff Only: item control page