Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan, kurikulum dan reka bentuk masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat

Mohamad Rasdi, Mohamad Tajuddin (1999) Peranan, kurikulum dan reka bentuk masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0133-1

[img]
Preview
PDF
72kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini mengetengahkan beberapa penyelesaian berhubung masalah mengimarahkan masjid menerusi dasar pembangunan sosial komuniti Islam. Permasalahan pembangunan masjid dewasa ini dikongkong oleh kecenderungan kepada aspek estetika dan kecantikan bangunan semata–mata. Justeru, suatu rangka kerja yang menyeluruh perlu diwujudkan bagi pembangunan keseluruhan komuniti umat Islam. Buku ini mengutarakan cadangan tentang keperluan membentuk suatu kurikulum khusus bagi menangani masalah keruntuhan struktur dan moral masyarakat Islam. Kurikulum masjid ini mengandungi program–program akademik, latihan dan ukhuwah yang dapat mengembalikan keutuhan sifat kekeluargaan Islam yang mempunyai ketahanan serta jati diri dan mampu mengharungi cabaran modenisasi dan alaf globalisasi. Buku ini sesuai bagi memenuhi keperluan jawatankuasa masjid dan surau sebagai panduan pembentukan program serta pengubahsuaian fizikal bangunan. Ia juga boleh dimanfaatkan oleh golongan profesional bagi merangka reka bentuk masjid yang lebih bermakna kepada komuniti sendiri daripada masjid–masjid yang tersergam indah tetapi jarang dimanfaatkan. Di samping itu buku ini juga penting bagi pihak–pihak berkuasa tempatan dalam membina garis panduan pembangunan infrastruktur rakyat.

Item Type:Book
Subjects:N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:29816
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:28 Mar 2013 10:07
Last Modified:12 Feb 2017 09:27

Repository Staff Only: item control page