Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan projek pembinaan

Misnan, Mohd. Saidin and Mohammed, Abdul Hakim and Abdullah, Mat Naim (2011) Pengurusan projek pembinaan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978-983-52-0808-9

[img]
Preview
PDF
26kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Industri pembinaan di Malaysia telah mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam pembangunan ekonomi negara. Keberkesanan dan kecekapan merupakan dua faktor utama yang saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain dalam menilai kejayaan sesebuah organisasi. Pada umumnya, 'keberkesanan' merujuk kepada pencapaian objektif, manakala 'kecekapan' pula mencerminkan jumlah masukan atau sumber (seperti masa, kos, dan tenaga) yang diguna bagi melaksanakan sesuatu kerja. Keseimbangan antara keberkesanan dan kecekapan amat penting untuk mencapai objektif pengurusan. Dalam usaha meningkatkan daya saing kontraktor Malaysia khususnya untuk penglibatan projek di luar negara, sektor kerajaan dan swasta perlu berkerjasama supaya dapat terus bersaing di pasaran global. Pengurusan projek amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Pengurusan yang baik akan memberi kesan yang positif, iaitu projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kualiti akan lebih terjamin, dan kos dapat dikurangkan. Oleh itu, pengurusan yang berkualiti dan efektif perlu dikendalikan oleh pakar yang dikenali sebagai pengurus projek. Tugas utamanya memastikan projek berjalan mengikut masa dan jadual yang telah ditentukan. Di samping itu, pengurus projek juga mesti menilai kualiti projek dan menyelaraskan kos selaras dengan bajet yang ditetapkan. Buku ini sesuai sebagai rujukan oleh pengurus projek, pengurus fasiliti, jurutera, pengurus pembinaan, juruukur bahan, penuntut institusi pengajian tinggi, pegawai kerajaan, kontraktor binaan dan mereka yang ingin mendalami pengetahuan dalam industri pembinaan.

Item Type:Book
Subjects:N Fine Arts > NA Architecture
Divisions:Built Environment
ID Code:29815
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:28 Mar 2013 10:07
Last Modified:02 Feb 2017 14:08

Repository Staff Only: item control page