Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan tanah & halangannya

Abdullah, Md. Said @ Mohd. Zaid and Omar, Ismail (2012) Pembangunan tanah & halangannya. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978-983-52-0835-5

[img]
Preview
PDF
18kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Pembangunan tanah merupakan penggerak utama pembangunan negara. Namun, pembangunan tanah melibatkan proses yang rumit. Antara puncanya adalah terdapat pelbagai halangan yang boleh menyebabkan pembangunan tanah tidak dapat dijalankan. Secara umum, halangan pembangunan tanah boleh dikategorikan mengikut faktor sosial, ekonomi, dan perundangan. Halangan pembangunan boleh juga dikategorikan secara faktor luaran dan dalaman. Kajian literatur menunjukkan secara amnya halangan pembangunan tanah boleh dibahagikan kepada halangan luaran dan halangan dalaman. Kajian literatur tentang faktor dalaman menumpu pada sikap pemilik dan pihak yang berkepentingan. Faktor luaran pula termasuklah undang-undang pembangunan tanah yang berkaitan. Selain faktor luaran dan dalaman, kehendak dan keperluan penduduk dalam memajukan tanah mereka perlu diberi perhatian. Kajian empirik yang dijalankan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menunjukkan matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan tanah yang diberi milik tidak kesampaian kerana halangan luaran dan sikap pemilik serta penduduk setempat yang dipengaruhi oleh persepsi, motif, dan strategi mereka. Penduduk juga ingin mengekalkan persekitaran sedia ada sebagai keperluan penduduk setempat. Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya dalam bidang alam bina, pembinaan, bangunan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan, penilaian harta, pentadbiran dan pembangunan tanah, perancangan bandar, dan perumahan serta pembaca umum yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:land development
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:29811
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:28 Mar 2013 10:08
Last Modified:02 Feb 2017 11:46

Repository Staff Only: item control page