Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara personaliti dan gaya pengajaran guru dengan pencapaian matematik PMR satu kajian di sekolah menengah daerah Kota Tinggi

Abd. Rahman, Azilah (2010) Hubungan antara personaliti dan gaya pengajaran guru dengan pencapaian matematik PMR satu kajian di sekolah menengah daerah Kota Tinggi. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
493kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti ciri-ciri personaliti guru dan gaya pengajaran yang cenderung diamalkan dalam kalangan guru-guru matematik di Kota Tinggi serta mengkaji hubungan yang signifikan antara personaliti dan gaya pengajaran guru. Seramai 132 orang guru dari 20 buah sekolah menengah dalam daerah Kota Tinggi telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kuantitatif. Data dikumpul melalui soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI) oleh John (1990) dan Inventori Gaya Pengajaran Grasha (1996). Darjah kebolehpercayaan instrumen BFI adalah di antara 0.62 hingga 0.77 sementara bagi instrumen gaya pengajaran pula adalah di antara 0.61 hingga 0.71. Analisis diskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk analisis taburan. Statistik inferensi iaitu analisis kolerasi pearson digunakan untuk analisis hubungan antara personaliti guru dengan gaya pengajaran. Aras signifikan yang digunakan adalah 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi personaliti guru-guru yang paling dominan ialah Extraversion diikuti dengan Neuroticism, Conscientiousness, Openness dan Agreeableness. Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan gaya pengajaran yang cenderung diamalkan adalah gaya pengajaran model peribadi diikuti dengan gaya pengajaran delegator, gaya pengajaran pakar, gaya pengajaran fasilitator dan gaya pengajaran autoriti formal. Hasil ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan gaya pengajaran.guru.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)) – Universiti Teknologi Malaysia, 2010; Supervisor : Assoc. Prof. Ir. Dr. Sha'ri Mohd. Yusof
Uncontrolled Keywords:Kota Tinggi, pendekatan kuantitatif, personaliti
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:29529
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:19 Mar 2013 16:06
Last Modified:25 Jun 2018 17:05

Repository Staff Only: item control page