Abu Bakar, Thuaibah @ Suaibah and Md. Som, Hishamuddin and Omar, Rozeyta and Panatik @ Abd. Rahman, Siti Aisyah (2003) Aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di Johor. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)
PDF (Full Text)
2MB |
Official URL: http://www.academia.edu/1036501/Aktiviti_Keusahawa...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor. Aspek-aspek yang menjadi fokus kajian ialah faktor-faktor yang menggalakkan penglibatan ibu tunggal, faktor-faktor yang membantu kejayaan ibu tunggal dan faktor-faktor yang mempengaruhi kegagalan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan. Selain itu, pengkaji juga cuba mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh ibu tunggal semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan serta melihat hubungan yang wujud di antara elemen persekitaran, elemen individu dan elemen motivasi dengan kejayaan dan kegagalan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 75 orang ibu tunggal yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di negeri Johor. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 10.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan analisis korelasi Spearman rho. Secara umumnya penemuan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen persekitaran, elemen individu dan elemen motivasi dengan kejayaan dan kegagalan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | single mother; entrepreneurship; Johor |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 2695 |
Deposited By: | Norzubaidha Ismail |
Deposited On: | 22 May 2007 07:35 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 04:20 |
Repository Staff Only: item control page