D. Hutagalung, Sabar and Sakrani, Samsudi and Wahab, Yusof (1997) Pencirian arus-voltan struktur terapit saput tipis logam/timah selenida/logam. Buletin Sains & Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia, 7 (2). pp. 28-34. ISSN 0128-5637
PDF
633kB |
Abstract
Polihablur saput tipis timah selenida (SnSe) disediakan dengan kaedah penselenidan tertudung-tebat daripada bahan pukal Sn dan Se. Untuk pencirian arus-voltan (I-V) telah disediakan sampel dengan bentuk struktur terapit iaitu Al/SnSe/Al, In/SnSe/Al dan Pb/SnSe/Al pada substrat kaca corning. Pengukuran I-V bagi struktur tersebut dilakukan pada suhu bilik di dalam bilik gelap dengan menggunakan sumber arus terus. Daripada ciri I-V diperolehi bahawa sentuhan ohmik berlaku di antara elektrod aluminium (Al) dan indium (In) dengan SnSe, manakala sentuhan dengan elektrod emas (Au) menghasilkan sentuhan tak ohmik dengan sawar keupayaannya dalam julat 0.33-0.37 eV. Struktur Pb/SnSe/Al pula menunjukkan ciri diod sawar Schottky dengan voltan runtuh -0.8 V dan voltan ambang 0.8 V. Sentuhan rektifikasi diantara elektrod Pb dan SnSe menghasilkan sawar keupayaan dalam julat 0.50-0.71 eV.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | tin selenida thin film, electrical conductivity |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Divisions: | Science |
ID Code: | 2656 |
Deposited By: | Samsudi Sakrani |
Deposited On: | 11 Apr 2008 04:13 |
Last Modified: | 01 Jun 2010 03:04 |
Repository Staff Only: item control page