Mukhari, Abdul Wahid and Johari, Suhana (2012) Persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan berkaitan duty 1: adhere to safety rules and regulation di kalangan pelajar tahap 3 di salah sebuah IKBN Di Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6 . pp. 73-88. ISSN 2231-7376
PDF
181kB |
Official URL: http://proedujournal.com
Abstract
Dalam melakukan kerja-kerja amali, keselamatan adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan diri sendiri dan orang lain. Kajian secara deskritif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan berkaitan Duty 1: Adhere To Safety Rules And Regulation dikalangan pelajar tahap 3 di salah sebuah Intitut Kemahiran Belia Negara di Johor. Populasi dan responden kajian adalah seramai 34 orang yang mengikuti kursus Pembuat Acuan dan Alatan Tekan. Penumpuan diberikan kepada tiga aspek iaitu memakai pakaian keselamatan, melakukan rawatan pertolongan cemas serta peraturan dan jenis alat pemadam api. Hasil keseluruhan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa diantara ketiga-tiga aspek ini, persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan dari aspek memakai pakaian keselamatan berada pada tahap terampil cemerlang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar faham dan tahu menggunakan alat pelindung diri semasa melakukan kerja-kerja amali. Kata kunci: Penguasaan Pengetahuan Dan Ketrampilan, Duty 1: Adhere To Safety Rules And Regulation, IKBN
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 26351 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 13 Jul 2012 07:43 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 12:38 |
Repository Staff Only: item control page