Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru

Buntat, Yahya and Ahamad, Lailinanita (2012) Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6 . pp. 44-58. ISSN 2231-7376

[img] PDF
189kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru teknikal dari perspektif guru. Kajian ini memfokuskan kepada empat aspek iaitu pengamalan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, jenis latihan yang telah diikuti oleh guru-guru teknikal, faktor-faktor yang menjadi halangan dan juga peluang-peluang atau galakan kepada guru-guru teknikal dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seramai 40 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal mengamalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru juga dibekalkan dengan beberapa latihan untuk membantu melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun demikian, masih terdapat segelintir guru yang menghadapi masalah tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Bagaimanapun, guru-guru juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah dalam melaksanakan inovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan berkesan. Kata kunci: Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran, Guru Teknikal, Perspektif Guru

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:inovasi pengajaran dan pembelajaran, guru teknikal, perspektif guru
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:26349
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Jul 2012 15:18
Last Modified:31 Dec 2013 09:36

Repository Staff Only: item control page