Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanggapan tenaga pengajar di Institut Perindustrian (ILP) Pair Gudang, terhadap penerapan kemahiran ‘employability’ dalam pembelajaran: pandangan pengajar pusat latihan teknikal dan vokasional di Malaysia

Buntat, Yahya and Abdul Rahman, Juliana (2006) Tanggapan tenaga pengajar di Institut Perindustrian (ILP) Pair Gudang, terhadap penerapan kemahiran ‘employability’ dalam pembelajaran: pandangan pengajar pusat latihan teknikal dan vokasional di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik Dan Vokasional 2006, 2006, Hotel Sofitel Johor..

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen kemahiran “employability” yang sering diterapkan oleh tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir gudang Johor, elemen kemahiran “employability” yang dianggap penting, serta permasalahan yang dihadapi untuk penerapan kemahiran tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kajian ini dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang Johor. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar terlibat dalam kajian ini. Kajian mendapati, elemen kemahiran “employability” yang paling kerap diterapkan dan juga dianggap paling penting oleh tenaga pengajar ialah kemahiran komunikasi terutama kemahiran mengikuti arahan yang diberikan. Bagaimanapun hasil kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh tenaga pengajar untuk menerapkan kemahiran tersebut adalah pelajar kurang pengetahuan tentang kepentingan kemahiran “employability.”

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:25555
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 May 2012 04:34
Last Modified:20 Sep 2017 07:27

Repository Staff Only: item control page