Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengurusan ilmu (Knowledge Management) satu tinjauan awal tentang keperluannya dalam organisasi pendidikan

Hashim, Shahrin and Boon, Yusof and Yahaya, Noordin (2008) Pengurusan ilmu (Knowledge Management) satu tinjauan awal tentang keperluannya dalam organisasi pendidikan. In: Isu-Isu Kepengetahuan dan Pengurusan Sekolah. Penerbit UTM , Johor, pp. 102-116. ISBN 978-983-52-0523-1

[img]
Preview
PDF
10kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Perkembangan pesat dalam dunia pendidikan yang pesat kini memerlukan pemimpin pendidikan yang mempunyai keyakinan diri dan ketrampilan yang tinggi. Mereka berperanan menjamin kesinambungan kepimpinan yang berkesan dan mempunyai daya saing yang setanding dengan pegawai-pegawai di sektor lain, pada masa ini dan masa hadapan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku sebuah majikan kepada lebih daripada 280,000 orang warga pendidikan berusaha dengan gigih untuk menjadikan sistem pendidikan di negara ini antara yang terbaik di dunia. Seterusnya, menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau ini. Ke arah ini, KPM telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untu melatih warga pendidik dalam rangka untuk mempertingkatkan ketrampilan dan pengetahuan pemimpin pendidikan selaras dengan keperluan profesyen keguruan masa ini. Usaha murni ini akan menjadi salah satu elemen pembaziran sekiranya latihan yang diberikan tidak mendatangkan banyak manfaat kepada alam pendidikan di negara ini atau tidak dapat dikongsi bersama dengan warga pendidik yang lain. Lebih parah lagi, sekiranya warga pendidik yang diberi peluang mengikuti latihan tertentu telah membuat keputusan keluar daripada KPM bersama kepakaran dan pengetahuan yang dimilikinya. Untuk menangani gejala ini, usaha dan strategi yang proaktif perlu dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua warga pendidik khususnya usaha atau strategi untuk memanfaatkan segala pengetahuan dan pengalaman yang dimilik oleh pemimpin pendidikan dahulu, kini dan akan datang. Ilmu yang dimiliki perlu diuruskan secara sistematik supaya dapat dimanfaatkan secara meluas khususnya dalam dunia pendidikan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:25447
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:29 May 2012 04:18
Last Modified:29 May 2012 04:18

Repository Staff Only: item control page