Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan luar bandar

Hassan, Johari and Hassan, Zainudin and Kamisan, Siti Norazlina (2008) Penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan luar bandar. In: Isu-Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah. Penerbit UTM , Johor, pp. 15-24. ISBN 978-983-52-0524-8

[img]
Preview
PDF
10kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jesteru itu, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat, kaya dengan maklumat dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka, golongan pelajarlah yang menjadi sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar kemajuan negara di masa hadapan. Oleh itu, guru terlibat secara langsung memberi komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guruguru dapat menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses P&P di kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak mendapat manfaatnya. Guru juga perlu memahirkan diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan lebih berkesan dan mewujudkan suasana pelajar seronok belajar dengan menggunakan komputer. Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas menggambarkan penekanaan terhadap sains dan teknologi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang gemilang, terbilang dan cemerlang menjelang tahun 2020. Oleh itu, pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk membolehkan negara maju bergerak ke hadapan. Oleh itu, para guru di alaf baru juga perlu bersiap sedia dengan pengetahuan mengenai komputer.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions:Education
ID Code:25442
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:29 May 2012 04:51
Last Modified:29 May 2012 04:51

Repository Staff Only: item control page