Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membina komunikasi berkesan dengan anak

Boon, Yusof (2008) Membina komunikasi berkesan dengan anak. In: Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang. Penerbit UTM , Johor, p. 12. ISBN 978-983-52-0535-4

[img]
Preview
PDF
9kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Dalam bab ini beberapa cara membina hubungan berkesan dengan anak akan mensyorkan berdasarkan kemahiran berkomunikasi. Cara pertama yang melibatkan pemahaman pemikiran anak-anak adalah cara yang akan membantu ibu bapa mengetahui dan lebih perinci tentang pemikiran, tingkah laku dan perasaan anak sehingga boleh menyebabkan anak-anak berfikir dengan betul apabila mereka bercakap. Terdapat empat cara yang berkesan dalam memahami pemikiran anak-anak. Antaranya ialah memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menyuarakan pendapat, membantu anak-anak memberi suatu informasi dengan tepat dan terperinci, membantu memahami cakapan dan tingkah laku anak-anak dan membantu anak-anak berfikir kembali apa yang dikatakan sebelumnya. Cara kedua yang berfokus pada mengatasi permintaan dan bantahan anak-anak ialah cara yang boleh membantu ibu bapa menarik balik apa yang dikatakannya dan membantu anak-anak memikir dengan lebih matang. Antara teknik-teknik ialah teknik melihat aspek yang baik, teknik berdiri pada pendirian anak-anak, teknik selalu menyokong pendapat anak-anak dan teknik mencari kelebihan dan kekuatan anak-anak. Cara ketiga dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan bersama anak-anak ialah cara membantu anak-anak menyelesaikan masalah mereka dengan berdikari, membolehkan anak-anak bekerja sama dengan ibu bapa, membantu anak-anak membuat keputusan yang betul dan memberi galakan apabila anak-anak telah gagal. Antara teknikteknik ialah mengenali masalah, tawar-menawar, meluahkan masalah dan ketidakpuasan kepada anak dan arahan membuat begini.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Education
ID Code:25431
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:01 Jun 2012 04:14
Last Modified:01 Jun 2012 04:14

Repository Staff Only: item control page