Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sandaran kajian umum mengenai pembacaan santai di kalangan pelajar

Zainol, Zarina and Endot, Zaiton (2006) Sandaran kajian umum mengenai pembacaan santai di kalangan pelajar. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
53kB

Abstract

Kajian telah membuktikan bahawa kemudahan bahan atau material pembacaan membantu meningkatkan frekuensi atau jumlah pembacaan santai (recreational reading) seseorang. Pembacaan santai mempunyai perkaitan dengan kebolehan memperbaiki keupayaan pembacaan, gaya penulisan, perbendaharaan, ejaan, pembangunan tatabahasa [1], malah juga membantu dalam kejayaan akademik seseorang pelajar. Kejayaan akademik di peringkat tertiari merupakan fenomena multidimensi yang merangkumi kemahiran bahasa, strategi pembelajaran dan sedikit sifat seseorang [2]. Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan di kalangan 200 pelajar Kolej Mawar, Universiti Teknologi MARA bagi mendapatkan maklumat mengenai tabiat pembacaan santai mereka. Hasil kajian ini mendedahkan tabiat pembacaan pelajar, dengan ini dapat mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya pembacaan santai dalam membentuk kejayaan akademik mereka. Keputusan kajian juga dapat membantu pihak pengurusan kolej kediaman dan universiti dalam memperbaiki kemudahan infrastruktur asrama, terutamanya kemudahan bilik bacaan ataupun kemudahan rekreasi serta material pembacaan bagi memudahkan pelajar meluangkan masa untuk melakukan pembacaan santai.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:reading habits, student, residential college
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:251
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 07:02
Last Modified:12 Jun 2017 03:51

Repository Staff Only: item control page