Yahaya, Azizi and Abd. Ghaffar, Mohd. Najib and Ismail, Sharifudin and Damiri, Noraizah (2005) Ciri-ciri personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar,gaya pembelayaran pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. In: International Conference on Learning And Motivation, 10-12 September 2005, City Bayview Hotel, Langkawi, Kedah, Malaysia. (Unpublished)
PDF (Fulltext)
109kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri personaliti pelajar dalam pemilihan kerjaya dan gaya pembelajaran pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 202 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad, Pontian, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, Johor telah dipilih sebagai responden kajian ini. Mereka dipilih secara rawak kelompok. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik bahagian B merupakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik, manakala bahagian C merupakan ubahsuai daripada Inventori Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1986). Selain itu Inventori Pekerjaan Holland (1973) telah digunakan untuk menentukan pemilihan jenis-jenis kerjaya. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah “Scale Alpha� yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.9279 bagi bahagian B dan 0.6572 bagi bahagian C. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden kajian, ciri-ciri personaliti dan gaya belajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menunjukkan hubungan di antara pemboleh ubah iaitu hubungan personaliti dengan pencapaian akademik dan hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Analisis dapatan kajian yang menggunakan SPSS menunjukkan responden lebih menggunakan gaya pembelajaran aktivis. Selain itu, responden lebih memiliki ciri-ciri personaliti menyelidik. Dalam pemilihan kerjaya pula, responden memiliki ciri-ciri personaliti sosial. Responden juga memilih jenis-jenis pekerjaan yang berstatus tinggi dan profesional. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Manakala analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik mengikut mata pelajaran PMR. Beberapa kajian telah dikemukakan bagi pendedahan gaya pembelajaran yang patut diamalkan oleh pelajar dan ciri-ciri personaliti yang positif di kalangan pelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ciri-ciri personaliti pelajar, pemilihan kerjaya, gaya pembelajaran, pencapaian akademik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2333 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 11 Apr 2007 11:54 |
Last Modified: | 30 Aug 2017 06:47 |
Repository Staff Only: item control page