Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perubahan konsep kendiri di kalangan pelajar pra-universiti di beberapa sekolah Batu Pahat

Yahaya, Azizi and Abdul, Amir Hamzah and Mohd. Taib, Norhayati (2005) Perubahan konsep kendiri di kalangan pelajar pra-universiti di beberapa sekolah Batu Pahat. In: International Conference on Learning and Motivation, 10-12 Sept 2005, City Bayview Hotel, Langkawi.

[img] PDF (Fulltext)
125kB

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau perubahan konsep kendiri di kalangan pelajar pra-Universiti di beberapa buah sekolah di Batu Pahat. Kajian ini juga ingin meninjau sama ada terdapat perkaitan yang signifikan antara kesedaran kendiri,kepercayaan berubah, pengalaman dan percanggahan kendiri dengan perubahan konsep kendiri. Teori Kesedaran Kendiri (1972) dijadikan sebagai rujukan kajian ini. Seramai 300 orang pelajar pra-Universiti telah mengambil bahagian sebagai responden kajian.Alat kajian Soal Selidik Kendiri, Soal Selidik Kepercayaan Dalam Kemungkinan Berubah, Soal Selidik Kesedaran Kendiri, Soal Selidik Tingkah Laku, dan Soal Selidik Peristiwa Dalam Kehidupan digunakan sebagai data. Data dianalisis dengan menggunakan “Statistical Packages For Social Science (SPSS-PC+) dan kaedah statistik inferensi seperti Korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian.Kaedah statistik deskriptif seperti nilai minimum, maksimum, purata, peratus serta sisihan piaiwai juga digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam perubahan tingkah laku dari segi jantina bagi responden dari ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Dari segi hubungan antara percanggahan kendiri sebenar-ideal dengan perubahan konsep kendiri, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah ersebut.Begitu juga dalam hubungan antara kepercayaan dalam berubah, peristiwa dalam kehidupan, kesedaran kendiri dan penilaian kendiri dengan perubahan konsep kendiri juga tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Ini membawa implikasi bahawa percanggahan kendiri, kepercayaan boleh berubah, peristiwa dalam kehidupan, kesedaran kendiri dan penilaian kendiri bukan penentu utama bagi perubahan konsep kendiri dan ia bercanggah dengan saranan Kiecolt (1994), beberapa cadangan kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan dikemukakan untuk penyelidik-penyelidik di masa depan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Konsep kendiri, pra-universiti, teori kesedaran kendiri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2331
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Apr 2007 11:05
Last Modified:29 Aug 2017 01:53

Repository Staff Only: item control page