Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Wan Hamid, Wan Zuraidah (2002) Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. In: International Conference on The challenge on Learning and Teaching in Brave New Worldâ€. Hatyai City College Thailand and School of Cognitive and Education, UUM,14-16 October 2002, . (Unpublished)
PDF (Fulltext)
122kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran manakah yang diberi tumpuan atau keutamaan oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan di antara faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya dengan gaya pembelajaran. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan UIu Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Skudai Baru telah terlibat sebagai responden. Soal selidik mengandungi soalan berbentuk demografik bagi mengetahui profil responden dan lapan puluh soal selidik yang berdasarkan instrument daripada†Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford “ (1992) serta tiga puluh soal selidik berkaitan dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Ujian korelasi pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Di dapati nilai pekali r di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah 0.0 hingga 0.2. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara dua pembolehubah tersebut, Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan gaya pembelajaran sampingan adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran Teoris dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Diakhir kajian beberapa cadangan disertakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada semua pihak, agar dapat dimanfaatkan demi untuk kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Learning Styles, Students Achievement, Rakan sebaya, keluarga |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2292 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 08 Apr 2007 02:02 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 02:47 |
Repository Staff Only: item control page