Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sekolah Wawasan: sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang

Yahaya, Azizi and Abdul, Amir Hamzah (2002) Sekolah Wawasan: sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. In: Seminar Hari Kemerdekaan MPTI Johor, 2002, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI), Johor.

[img] PDF (Fulltext)
118kB

Abstract

Malaysia sebagai negara yang kian pesat membangun, sudah pasti akan mengalami perubahan dalam semua aspek keperluan negara,khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan kaum, jika tidak diimbangi dengan betul , akan mewujudkan satu lagi pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan, dipandang sebagai salah satu usaha pemimpin negara untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Jika dilihat kerangka konsep yang berkenaan, sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk menghasilkan rakyat yang mempunyai semangat baru bagi meneruskan wadah wawasan negara. Falsafah Pendidikan Negara juga menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu. Justeru itu langkah bijak itu dianggap sebagai persediaan Malaysia menempuh alaf mendatang, yang sudah pasti lebih mencabar, menuntut ketahanan mental dan kerohanian manusia yang hidup ketika itu.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sekolah Wawasan, konsep pemajmukan kaum, Falsafah Pendidikan Negara
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2291
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Apr 2007 01:46
Last Modified:29 Aug 2017 01:53

Repository Staff Only: item control page