Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan tahap perkembangan psikososial pelajar kaunseling

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaluddin and Lee, Meng Ling (2001) Hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan tahap perkembangan psikososial pelajar kaunseling. In: Conference.

[img] PDF (Fulltext)
115kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan tahap perkembangan psikososial pelajar kaunseling, Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden terdiri daripada 92 pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling), Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajarpelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mempunyai tahap perkembangan psikososial yang tinggi di mana mereka mempunyai keyakinan diri bersifat autonomi, berinisiatif bersikap rajin, mempunyai kejelasan identiti diri bersifat kemesraan, berkeupayaan memberi sumbangan dan mencapai kesempurnaan ego. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan bapa dengan tahap perkembangan psikososial responden, malahan terdapat hubungan yang lemah wujud di antaratahap pendidikan ibu dengan tahap perkembangan psikososial responden.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Perkembangan, psikososial , pelajar kaunseling, autonomi, berinisiatif bersikap rajin mempunyai kejelasan identiti diri bersifat kemesraan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2289
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Apr 2007 23:19
Last Modified:29 Aug 2017 04:03

Repository Staff Only: item control page