Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendidikan bukan formal (PBF) di Malaysia: cabaran dan hala tuju Wawasan 2020

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Othman, Muhammad Fauzi and Hassan, Zainudin and A. Kassim, Othman (2003) Pendidikan bukan formal (PBF) di Malaysia: cabaran dan hala tuju Wawasan 2020. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] PDF
419kB

Abstract

Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara menyeluruh; selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan memerihalkan bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia. Secara konseptual, kertas kerja ini akan dimulai dengan definisi konsep, jenis dan bentuk Pendidikan Bukan Formal. Selanjutnya, kertas kerja ini akan menjelaskan tentang faktor penarik dan penolak yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap penglibatan masyarakat dan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan mahu pun swasta. Paling penting, Pendidikan Bukan Formal ini akan disorot dalam pelbagai perspektif seperti pelan perancangan dan pembangunan negara, modenisasi dan pembangunan sosioekonomi. Selain itu, kertas kerja ini turut mengupas isu permasalahan yang timbul dalam perancangan dan pelaksanaan Pendidikan Bukan Formal Di Malaysia. Akhirnya, kertas kerja ini akan merumuskan akan harapan dan cabaran Wawasan 2020 dan Pendidikan Bukan Formal di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pendidikan Bukan Formal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2287
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 04:17
Last Modified:30 Aug 2017 03:41

Repository Staff Only: item control page