Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Perlaksanaan Mata Pelajaran Kompenan Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Berdasarkan Model Kipp

Buntat, Yahya and Rajuddin, Mohd. Rashid and Selamat, Kandar and Damsuki, Jailani (2003) Keberkesanan Perlaksanaan Mata Pelajaran Kompenan Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Berdasarkan Model Kipp. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] PDF
894kB

Abstract

Kajian tinjauan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian dari persepsi guru berdasarkan Model KIPP. Data-data dikumpul menggunakan soal selidik. Seramai 36 orang guru kemahiran hidup pertanian di lapan buah sekolah menengah di daerah Pontian ini terlibat dalam kajian ini. Data-data diproses menggunakan program SPSS for Window 10.0 dan dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa dari dimensi konteks majority guru-guru Kemahiran Hidup Sains Pertanian mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran kompenen Sains Pertanian dan juga mempunyai sikap dan minat yang baik terhadap mata pelajaran ini. Dari segi dimensi input meliputi peranan pengetua, kemudahan peralatan serta kemudahan bengkel, dan peruntukan kewangan mendapat respon yang positif. Strategi pelaksanaan dari dimensi proses juga mendapat respon yang baik. Manakala dari dimensi produk kajian ini mendapati objektif program ini tercapai, Secara keseluruhan guru-guru kemahiran hidup sains pertanian di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian ini telah dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup pilihan pertanian ini dengan baik dan berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Hidup (Sains Pertanian, Model Kipp
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2280
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:53
Last Modified:30 Aug 2017 03:47

Repository Staff Only: item control page