Khambali, Azman and Zamuddin Shah Sidek, Rosni and Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri and Ali, Mohd. Fadzli and Mohd. Said, Mohd. Nihra Haruzuan (2006) Keberkesanan penggunaan teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal) dalam sistem pendidikan di Malaysia: satu kajian kes di tiga buah sekolah menengah di negeri Johor. In: Seminar TVE06, 09-10 Dec. 2006, Hotel Sofitel Palm Resort, Senai, Johor. (Unpublished)
PDF
244kB |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi VSAT dalam sistem pendidikan di Johor. Kajian dijalankan di empat buah sekolah menengah luar Bandar terpilih di dua buah daerah di negeri Johor. Instrumen kajian ialah melalui soal selidik mengikut Skala Likert dan temu bual. Kaedah temu bual dijalankan bagi memastikan segala pendapat daripada guru-guru dan pentadbir sekolah akan memantapkan lagi dapatan kajian ini. Kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik bagi menentukan kesahan data instrument berdasarkan “Scale Alpha†di mana nilai keseluruhannya ialah 0.92. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah stastistik peratusan, min dan sisihan piawai untuk menunjukkan latar belakang responden yang dipilih secara rawak mudah. Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah Dimensi Kemudahan, Penggunaan, Latihan, Dimensi Pendedahan dan Kemahiran. Analisis dapatan kajian yang menggunakan SPSS menunjukkan dimensi pendedahan dan dimensi penggunaan menunjukkan tahap yang tinggi dalam mempengaruhi penggunaan VSAT. Sementara dimensi dari aspek kemudahan, latihan dan kemahiran berada pada tahap yang sederhana. Bagi menguji hipotesis, ujian t digunakan. Dapatan kajian mendapati, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara dimensi pendedahan dengan penggunaan VSAT di sekolah menengah. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara dimensi kemudahan, penggunaan, latihan dan kemahiran dalam mempengaruhi penggunaan VSAT. Beberapa masalah telah dikenal pasti dan beberapa cadangan juga telah diberi.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal); pendidikan; sekolah menengah; luar bandar |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 2267 |
Deposited By: | Zainudin Hassan |
Deposited On: | 06 Apr 2007 03:15 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 04:55 |
Repository Staff Only: item control page