Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sandaran k-siswa kuala pahang 1: realiti atau ilusi?

Bakar, Mohd. Shafie and Mohamad, Ahmad Johari and Wan Mohd. Zain, Wan Nazrul Helmy and Nordin, Mohd. Shaheil (2006) Sandaran k-siswa kuala pahang 1: realiti atau ilusi? In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
48kB

Abstract

Kertas kerja ini menerangkan perihal aktiviti pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE), Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) melalui Persatuan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (EEES) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) KUKTEM. Penerangan terperinci aktiviti dan proses berkaitan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar FKEE telah mendorong kepada implikasi kecemerlangan pelajar-pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Indera Shah Bandar, Kuala Pahang, Pekan, Pahang pada tahun 2005. Komponen-komponen kemahiran generik seperti communication skill, team working, problem solving, adaptability, self esteem, life long learning, ethic & integrity yang diamalkan semasa sesi pembelajaran & pengajaran di FKEE khasnya dan KUKTEM amnya diaplikasikan dalam aktiviti khidmat siswa ini. Penguraian hasil aktiviti juga dipaparkan dengan mengemukakan fakta-fakta yang diperolehi secara rasmi dari pihak sekolah. Fakta ini merangkumi unjuran prestasi akademik sekolah berkenaan dan yang muktahirnya prestasi cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2005. Akhirnya proses penambahbaikan dan perancangan program yang berterusan juga ditunjukkan bagi memastikan anak bangsa di bumi Kuala Pahang, Pekan terus terbilang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran generik
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:226
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:57
Last Modified:23 Aug 2017 05:59

Repository Staff Only: item control page