Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran-cabaran di sektor binaan dalam menyediakan tenaga kerja mahir tempatan-satu sorotan penulisan.

Yusof, Zakaria and Buntat, Yahya and Rajuddin, Mohd. Rashid (2006) Cabaran-cabaran di sektor binaan dalam menyediakan tenaga kerja mahir tempatan-satu sorotan penulisan. In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF (Full Paper)
56kB

Abstract

Perkembangan sektor binaan yang pesat menyebabkan keperluan yang tinggi kepada tenaga kerja binaan. Keperluan yang tinggi ini tidak dapat dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan dan akhirnya menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap tenaga kerja asing. Akibatnya wujud sindrom kebergantungan yang keterlaluan kepada pekerja asing, seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan terlatih. Kertas kerja ini merupakan perbincangan hasil dari sorotan penulisan ke atas cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menyediakan tenaga kerja mahir di sektor binaan. Sorotan penulisan ini mengutarakan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan dengan pendekatan yang bersesuaian dan strategik dalam usaha menggalakkan tenaga kerja tempatan supaya lebih berminat untuk menjadikan sektor binaan ini sebagai kerjaya dan seterusnya membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di sektor binaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2253
Deposited By: Nur Husna Abd Wahid
Deposited On:05 Apr 2007 09:41
Last Modified:30 Aug 2017 04:26

Repository Staff Only: item control page