Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Samat, Ismail and Abdul Mookmin, Muhamed Shukri (2003) Mengkaji keberkesanan aplikasi pemusar udara ram bilah rata dalam mengurangkan emisi dari pembakar berbahan api cecair. Jurnal Teknologi F (39F). pp. 11-22. ISSN 0127-9696
PDF
563kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/39/F/JTKK...
Abstract
Enjin turbin gas digunakan secara meluas sama ada dalam bidang industri atau penerbangan. Kecekapan enjin merupakan salah satu kriteria dalam pemilihan enjin yang baik. Pembakar adalah antara komponen penting dalam enjin turbin gas yang banyak diberi perhatian dalam kajian oleh penyelidik. Pembakar yang baik dapat menghasilkan pembakaran yang sempurna dengan kadar bahan cemar yang minimum. Ini dapat dicapai dengan menggunakan pemusar udara. Maka melalui projek ini, kajian dilakukan untuk mengkaji keberkesanan aplikasi pemusar udara ram rata dalam mengurangkan emisi dari pembakar berbahan api cecair. Ujian pembakaran yang dilakukan menggunakan pemusar udara aliran jejarian ram rata dengan sudut pesongan ram yang berlainan. Tahap penghasilan bahan cemar diukur dan dibandingkan bagi sudut-sudut bilah yang berlainan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan sudut pesongan bilah yang tertinggi memberikan tahap pengeluaran bahan cemar terendah berbanding sudut-sudut bilah yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pemusar udara, NOx, CO, bahan api cecair, ram bilah rata |
Subjects: | T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 2093 |
Deposited By: | Norhayati Abu Ruddin |
Deposited On: | 22 Mar 2007 08:34 |
Last Modified: | 01 Nov 2017 04:17 |
Repository Staff Only: item control page