Yahaya, Azizi (2011) Carl Roger. [Teaching Resource] (Unpublished)
Full text not available from this repository.
Abstract
Carl Rogers Dilahirkan pada 8 Januari 1902, di Oak Park, Illinois, dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di University of Wisconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers Coollege, Columbia Universiti dan mendapat PhD pada 1928. Semasa di Columbia, Rogers cuba mengharmonikan idea-idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian, fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati (intution) dengan objektif, dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York: Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State University (1940) Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di University of Chicago (1945-1957) Profesor Psikologi dan Psikiatri di University of Winsconsin (1957-1963) Pengarah di Western Behavioral Sciences Institute (1963-1968): Pengarah di Center for the Studies of the Person (1968-1987).
Item Type: | Teaching Resource |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 19945 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 19 Dec 2011 14:52 |
Last Modified: | 11 Sep 2017 06:41 |
Repository Staff Only: item control page