Yahya, Buntat and Norhaya, Omar (2011) Cabaran guru-guru pelatih kemahiran hidup sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 4 . pp. 92-109. ISSN 2231-7376
|
PDF
- Published Version
215kB |
Official URL: http://proedujournal.com
Abstract
Kajian deskriptif yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran guruguru pelatih tahun tiga Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui. Seramai 125 orang sampel iaitu keseluruhan populasi pelajar tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik yang megandungi 36 item kepada responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 13.0 For Windows dan dipersembahkan dalam nilai kekerapan, min dan peratusan. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.889. Hasil kajian mendapati bahawa responden menghadapi cabaran daripada semua aspek yang dikaji iaitu aspek pengajaran teori dalam bilik darjah, pengajaran amali di bengkel, beban tugas, penyeliaan oleh pensyarah serta guru pemimbing dan juga cabaran dari aspek kemudahan yang ada. Justeru, berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 19549 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 13 Dec 2011 04:26 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 06:21 |
Repository Staff Only: item control page