Asnul Dahar, Minghat and Siti Azizah, Disun (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Negeri Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 4 . pp. 58-76. ISSN 2231-7376
|
PDF
- Published Version
234kB |
Official URL: http://proedujournal.com
Abstract
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 43 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian di dua buah sekolah menengah akademik dalam daerah Muar, Johor. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik daripada kajian rintis adalah 0.773. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor kerjaya dengan nilai min 3.80 merupakan faktor yang paling mempengaruhi pemilihan pelajar, manakala tiga faktor yang lain kurang mempengaruhi pemilihan pelajar iaitu faktor minat dengan nilai min 3.66, faktor sikap dengan nilai min 3.64 dan faktor kemudahan bengkel dengan nilai min 3.44. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | an open access journal |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 19547 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 13 Dec 2011 04:17 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 06:21 |
Repository Staff Only: item control page