Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanin Daripada Serbuk Tandan Sawit Kosong Dan Aplikasinya Dalam Industri Petroleum

Mohamad Ibrahim, M. N. and Marliana, M. A. (2005) Tanin Daripada Serbuk Tandan Sawit Kosong Dan Aplikasinya Dalam Industri Petroleum. Jurnal Teknologi F, 42 (F). pp. 107-120. ISSN 0127-9696

[img] PDF
2MB

Abstract

Kajian Ini Bertujuan Untuk Menilai Keberkesanan Tanin Yang Diekstrak Daripada Serbuk Tandan Sawit Kosong (TSK) Sebagai Agen Perencat Karat Dan Juga Sebagai Penipis Lumpur Gerudi. Daripada Kajian Yang Dijalankan, Didapati Peratusan Hasil Pengekstrakan Tanin Secara Rendaman Menggunakan Pelarut Aseton 70% (V/V) Ialah 4.49%. Kehadiran Tanin Disahkan Melalui Analisis Spektroskopi Infra-Merah (IR) Yang Dijalankan Terhadap Hasil Yang Diekstrak Keluar. Keberkesanan Tanin Sebagai Agen Perencat Karat Dikaji Melalui Pemerhatian Tindak Balas Melalui Spektroskopi Inframerah, Analisis Mikroskop Elektron Imbasan (SEM) Dan Spektroskopi Sinar-X Serakan Tenaga (EDX). Keputusan Ujian Yang Dijalankan Mendapati Bahawa Tanin Yang Dihasilkan Boleh Berfungsi Sebagai Agen Perencat Karat. Ketulenan Tanin Dianalisis Menggunakan Spektroskopi Ultra Ungu Nampak (UV-Vis). Walaupun Tidak Tulen, Tanin Yang Diperoleh Mampu Berfungsi Sebagai Penipis Lumpur Gerudi. Selain Daripada Agen Perencat Karat Dan Penipis Lumpur, Tanin Juga Berpotensi Sebagai Pengawal Kehilangan Bendalir Dan Prestasinya Didapati Lebih Baik Daripada Prestasi Bahan Tambah Komersial.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Tanin, Tandan Sawit Kosong, Agen Perencat Karat, Penipis Lumpur, Pengawal Kehilangan Bendalir
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
ID Code:1903
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:19 Mar 2007 02:03
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page