Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa

Mohd. Kosnin, Azlina and Said, Hamdan and Sulaiman, Hanim (2010) Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian biasa. Project Report. Psikologi Pendidikan, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (FULL TEXT)
858kB

Abstract

Kerja rumah telah menjadi komponen yang penting dalam persekolahan di Malaysia. Walaupun terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa amaun kerja rumah yang diterima oleh pelajar agak berlebihan, tetapi dari sudut lain, kerja rumah dianggap berfaedah kerana dapat menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa responden dalam menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah (latihan dan persediaan) dan cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 376 orang pelajar tingkatan dua dan empat dari sepuluh buah sekolah menengah harian biasa yang dipilih secara rawak di daerah Johor Bahru dan Pontian. Satu set soal selidik terdiri daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A mengenai latar belakang responden dan Bahagian B terdiri daripada 30 soalan yang berbentuk skala Likert digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences 11 for Windows (SPSS 11 for Windows). Nilai kebolehpercayaan secara keseluruhan bagi tiga pembolehubah ialah ? = 0.8402. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan pencapaian terdapat dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Bahasa Inggeris; (2) kerja rumah jenis latihan dalam Matematik ; (3) cara pengelolaan guru dalam kerja rumah Bahasa Inggeris (selepas kerja rumah diberikan). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan dengan pencapaian dalam empat aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Matematik dan Sejarah; (2) kerja rumah jenis latihan dalam Bahasa Inggeris dan Sejarah; (3) kerja rumah jenis persediaan dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah; (4) cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) bagi Matematik dan Sejarah dan cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah diberikan) bagi Bahasa Inggeris.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17877
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:25 Nov 2011 08:52
Last Modified:25 Nov 2011 08:52

Repository Staff Only: item control page