Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Proses Pemilihan contoh oleh guru cemerlang Matematik

Sulaiman, Faridah and Mohamed, Mohini (2011) Proses Pemilihan contoh oleh guru cemerlang Matematik. journal of edupress, 1 . pp. 306-314.

[img]
Preview
PDF
121kB

Abstract

Pemilihan contoh adalah tugas awal yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengajaran matematik. Pelajar-pelajar membina generalisasi mengenai sesuatu idea matematik melalui contoh-contoh yang dipilih oleh guru. Kertas ini melaporkan dapatan awal mengenai proses pemilihan contoh oleh para Guru Cemerlang Matematik. Ia adalah sebahagian daripada kajian yang sedang dijalankan mengenai penggunaan contoh oleh Guru Cemerlang Matematik dalam pengajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk membina kerangka yang dapat membantu guru-guru matematik memilih, menggunakan dan memperbaiki contoh dalam pengajaran mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian pelbagai kes. Data-data diperolehi daripada catatan guru, pemerhatian dan temubual. Analisis awal data mula menunjukkan perhubungan antara pelbagai jenis pengetahuan yang digunakan oleh Guru Cemerlang Matematik bagi membantu mereka membuat pemilihan contoh untuk digunakan dalam sesuatu pengajaran.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:17078
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:02 Nov 2011 04:45
Last Modified:11 Sep 2017 04:59

Repository Staff Only: item control page