Suhaimi, Noratiqah and Hamzah, Rohana and Udin, Amimudin (2011) Konsep satu Malaysia aspirasi pendidikan teknik & vokasional. journal of edupress, 1 . pp. 238-248.
|
PDF
109kB |
Abstract
Bagi melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato? Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep Satu Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep Satu Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Konsep Satu Malaysia menjadi aspirasi dalam pelbagai bidang khasnya pendidikan. Penulisan ini dibuat untuk melihat aplikasi Konsep Satu Malaysia serta penerapan nilai-nilai tersebut dalan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Juga melihat kepada penglibatan pelbagai kaum dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional seterusnya sebagai medium integrasi masyarakat majmuk di Negara kita
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 17070 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 02 Nov 2011 03:10 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 02:20 |
Repository Staff Only: item control page