Abd. Kadir, Hamdan and Abd. Rani, Ummi Habibah (2008) Asertif di kalangan ibu tunggal dalam institusi kekeluargaan. In: Asertif. Penerbit UTM , Johor, pp. 119-140. ISBN 978-983-52-0700-6
Full text not available from this repository.
Abstract
Ibu-ibu tunggal sering menghadapi pelbagai masalah, sama ada dari segi ekonomi, psikologi mahupun sosial (Jones, 2002). Isu ini lebih dikaitkan dengan ibu tunggal bercerai, janda dan juga ibu tunggal belum bercerai. Sebelum proses perceraian, kehidupan mereka bergantung sebahagian besar atau sepenuhnya kepada pendapatan suami. Sumber pendapatan selalunya menjadi isu utama kerana ibu-ibu tunggal kini hilang pergantungan kewangan dan terpaksa menghadapi hakikat untuk menanggung kos kehidupan dan anakanak secara bersendirian. Walaupun perceraian pada kebanyakan masa dijanjikan nafkah oleh pihak suami namun ramai ibu tunggal turut menghadapi masalah dalam tuntutan nafkah atau menerima nafkah yang tidak mencukupi. Dengan jelasnya, walaupun dengan adanya pemberian nafkah daripada pihak suami, isu keselamatan kewangan adalah satu isu utama dalam kehidupan ibu tunggal. Isu kedua pula adalah masalah tempat tinggal. Keadaan ini kerap dialami oleh ibu tunggal janda dan ibu tunggal tanpa bercerai (Wan Halim Othman, 2003).
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Management and Human Resource Development |
ID Code: | 16829 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 28 Oct 2011 09:16 |
Last Modified: | 08 Oct 2017 07:04 |
Repository Staff Only: item control page