Yahaya, Azizi and Ismail, Mazni (2004) Faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru-guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia. In: Seminar antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 Sept 2004, Hotel City Bayview, Langkawi.
PDF (fulltext)
177kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok yang terdiri daripada soal selidik lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Adminstrative Stress Indeks -ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire -GHQ). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Stres, guru sekolah menengah, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 1563 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 11 Apr 2007 15:23 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 03:40 |
Repository Staff Only: item control page