Hassan, Zainudin and Mohd. Yusof, Sanitah and Wahab, Sabilah (2006) Pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor. In: Seminar PTV, Sofitel resort. (Unpublished)
|
PDF
52kB |
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian telah dijalankan di tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru, Johor. Objektif kajian ialah, Pertama untuk mengkaji adakah pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendidikan berminat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua, mengkaji adakah pelajar memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup dan, Ketiga, ialah adakah pelajar dapat mengaplikasi kemahiran amali mata pelajaran ini dalam kehidupan seharian. Borang soal selidik yang dibina sendiri telah diedarkan kepada 30 responden. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS for Window version 13. Hasil menunjukkan responden berminat belajar mata pelajaran kemahiran hidup berdasarkan skor min 2.80 dan berada pada tahap tinggi. Responden juga memahami isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar oleh guru pada skor min 2.98 juga pada tahap yang tinggi. Pelajar juga mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran ini pada kehidupan seharian mereka pada skor min 2.86. Kertas kerja ini juga mencadangkan supaya isi kandungn mata pelajaran perlu disesuaikan dengan tahap pelajaran dan perkembangan pendidikan semasa.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 1512 |
Deposited By: | Zainudin Hassan |
Deposited On: | 20 Mar 2007 00:53 |
Last Modified: | 29 Aug 2017 04:58 |
Repository Staff Only: item control page