Kasma Azizan, Nur Azlinda and Abdul Nasir, Kamal and Boon, Yusuf (2010) Kepuasan pelajar fakulti pendidikan UTM tehadap kualiti perkhidmatan di Pusat Kesihatan Utm Skudai, Johor. edupress 2010 .
|
PDF
136kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kepuasan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap kualiti perkhidmatan di Pusat Kesihatan UTM Skudai, Johor. Aspek kepuasan pelajar yang dikaji adalah keberkesanan rawatan, kemudahan/fasiliti, adab interpersonal dan kebolehdapatan. Sampel kajian ini adalah berdasarkan pensampelan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 331 orang responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Pendidikan UTM telah dipilih. Kajian ini berbentuk deskriptif di mana analisis data dilakukan dalam bentuk min, frekuensi, peratusan, ujian-T dan ANOVA dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach adalah 0.774 yang menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal selidik diterima.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 14960 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 19 Sep 2011 09:09 |
Last Modified: | 19 Sep 2011 09:09 |
Repository Staff Only: item control page