Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian mata pelajaran sains gunaan (applied science) bagi bidang fizik kepada pelajar aliran vokasional di sekolah menengah vokasional

Mohd. Isa, Norlly and Phang Abdullah, Fatin Aliah (2010) Penilaian mata pelajaran sains gunaan (applied science) bagi bidang fizik kepada pelajar aliran vokasional di sekolah menengah vokasional. edupress2010 .

[img]
Preview
PDF
211kB

Official URL: http://www.academia.edu/3014001/Penilaian_mata_pel...

Abstract

Mulai tahun 2008, mata pelajaran Sains Gunaan (Applied Science) telah diwujudkan khas untuk pelajar aliran vokasional menggantikan mata pelajaran Sains Teras. Daripada sepuluh modul dalam mata pelajaran baru ini, tujuh adalah kandungan Fizik. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran Sains Gunaan (Applied Science) bagi bidang fizik kepada pelajar-pelajar aliran vokasional di sekolah-sekolah Menengah Vokasional di negeri Johor menggunakan Model Penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses, Produk). Daripada analisis secara terperinci dengan membandingan kurikulum Sains Gunaan dengan mata pelajaran sains yang sedia ada, iaitu Fizik SPM, Sains SPM dan Sains PMR, didapati bahawa daripada 94 hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Gunaan, 22.34% dari hasil pembelajaran itu telah dipelajari sebelumnya dalam mata pelajaran Sains PMR, 43.62% adalah setara dengan sukatan pelajaran Fizik SPM dan 8.51% setara dengan dengan sukatan pelajaran Sains SPM. Oleh itu, kajian lapangan akan dijalankan ke atas 180 pelajar Tingkatan 5 Aliran Vokasional dan guru-guru yang mengajar Sains Gunaan di seluruh negeri Johor bagi menilai secara lebih khusus setiap aspek menurut model KIPP dengan tumpuan khas diberikan kepada modul-modul Fizik.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Others
ID Code:14958
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 17:33
Last Modified:04 Mar 2017 09:09

Repository Staff Only: item control page