Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Falsafah dan amalan pendididikan teknik dan vokasional : mengikut acuan Malaysia

Kormin, Norjana and Hamzah, Rohana and Udin , Amirmuddin (2010) Falsafah dan amalan pendididikan teknik dan vokasional : mengikut acuan Malaysia. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
141kB

Abstract

Falsafah pendidikan merupakan panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Cabang pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional tidak terkecuali menjadikan falsafah sebagai garis panduan kepada warga pendidikan dalam bidang ini untuk merealisasikan matlamat negara untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan seterusnya terlibat dalam memajukan negara Malaysia. Artikel ini membincangkan falsafah dan amalan pendidikan teknik dan vokasional yang patut dilaksanakan di Malaysia. Falsafah yang dibentuk adalah berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia yang meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat akhir.Falsafah PVT ini dapat menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara yang selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan bertanggungjawab serta membentuk warganegara Malaysia yang baik.Kesepaduan antara FPI dan FPK dijadikan perkara asas dalam pengamalan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Akhirnya, falsafah PVT yang dibentuk merangkumi semua cabang falsafah serta berdasarkan persekitaran Malaysia dapat diterjemahkan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14957
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:33
Last Modified:19 Sep 2011 09:33

Repository Staff Only: item control page