Othman, Mohd. Zulfadly and Awang Kechik, Aminuddin and Ghazali, Aishah and Hamzah, Rohana and Saud, Muhammad Sukri (2010) Rekabentuk Universal Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional. Rekabentuk Universal Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional .
|
PDF
221kB |
Abstract
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan polisi dan dasar sejak daripada sejarah penubuhannya sehingga kini memperlihatkan usaha kerajaan Malaysia untuk melonjakkan PTV sebagai institusi kecemerlangan yang mampu untuk melahirkan modal insan unggul yang mampu mengadaptasi segala perubahan globalisasi. Namun, di sebalik pelbagai kemajuan dan pencapaian yang telah diperoleh PTV dalam proses reformasinya ke arah mencapai matlamat 2020, pelbagai masalah dan isu telah wujud dan menjadi cabaran kepada perlaksanaan PTV di Malaysia. PTV dalam usaha untuk meningkatkan kualiti institusi secara keseluruhan dan untuk mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap keunggulan sistem pendidikan negara memerlukan aspek tadbir urus, sumber pembiayaan, pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi terutamanya kurikulum, kokurikulum dan pedagogi yang mantapkan supaya lebih berdaya saing dan berdaya tahan dalam menangani cabaran globalisasi dan perubahan teknologi yang dinamik. Kurikulum PTV yang dilaksanakan di Malaysia harus diletakkan pada posisi yang betul dan perlulah bertepatan dengan keperluan untuk menjelmakan watak yang indah dan unggul, serta berkeupayaan untuk memperkembangkan seluruh potensi manusia. Oleh itu, artikel ini mengulas beberapa isu yang menjadi cabaran PTV dan membincangkan beberapa punca yang menjadi faktor penghalang kepada perlaksanaan kurikulum PTV yang cemerlang dan seterusnya mencadangkan rekabentuk universal yang sepatutnya dijadikan sebagai landasan kepada pembentukan kurikulum PTV yang berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rekabentuk, kurikulum, universal, Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), isu, perubahan |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 14949 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 19 Sep 2011 09:47 |
Last Modified: | 13 Jun 2017 00:36 |
Repository Staff Only: item control page