Dason, Azila and Hamzah, Rohana and Udin, Amirmuddin (2010) Hala tuju pendidikan teknik dan vokasional ke arah memartabatkan falsafah pendidikan negara. edupress 2010 .
|
PDF
391kB |
Abstract
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan hala tujunya selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Artikel ini mengupas masalah yang berlaku dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional dewasa ini. Ia juga membincangkan sejauhmana hala tuju dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menjiwai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam erti kata lain, memartabatkannya. Namun dalam memartabatkan hasrat tersebut pelbagai strategi dan perubahan dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasioanal perlu diterapkan. Antaranya ialah dengan pendekatan membangunkan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum PTV, membuat penyelarasan dalam sistem PTV, penglibatan secara konsisten pihak industri, pembangunan Pusat Latihan Kemahiran dan penglibatan semua pihak yang terlibat supaya dapat menyokong pemurniannya. Diharapkan artikel ini dapat memberikan input kepada pembaca atau penyelidik dalam mencari penyelesaian dalam PTV agar ianya selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kabengsaan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pendidikan teknik dan vokasional, hala tuju, memartabatkan falsafah pendidikan kebangsaan, inovasi |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 14935 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 20 Sep 2011 08:40 |
Last Modified: | 20 Sep 2011 08:40 |
Repository Staff Only: item control page