Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan penggunaan CD interaktif Lukisan Isometrik terhadap kemahiran visualisasi pelajar

Tahar, Mohd Salleh and Esa, Ahmad and Rahim, Mohd Bekri and Abd Baser, Jamil and Shuib, Syazwani and Buntat, Yahya (2011) Keberkesanan penggunaan CD interaktif Lukisan Isometrik terhadap kemahiran visualisasi pelajar. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 104-115. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
353kB

Abstract

Bahasa grafik kejuruteraan memerlukan individu yang berketerampilan untuk mampu menterjemah dengan ilmu visualisasi serta kemahiran mentafsir dengan tepat. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran visualisasi di antara jantina berdasarkan kepada penggunaan Cakera Padat Interaktif yang telah dibangunkan. Responden terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan ujian visualisasi pra dan post test PSVT;R dan DAT:SR dijalankan. Data yang dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0 dipersembahkan dalam bentuk skor min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berminat menggunakan Cakera Padat Interaktif yang dibangunkan di mana mereka cenderung dengan bentuk lakaran dan gambar, peningkatan kemahiran visualisasi, manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran ini. Oleh yang demikian, Cakera Padat Interaktif Lukisan Kejuruteraan yang dibangunkan ini dapat memberikan impak yang positif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya boleh digunapakai sebagai salah satu bahan pengajaran di dalam kelas. Kata kunci: Cakera Padat Interaktif, Lukisan Kejuruteraan, Kemahiran Visualisasi, Keberkesanan

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14808
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:31
Last Modified:20 Oct 2017 00:51

Repository Staff Only: item control page