Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pekerja terhadap strategi pembangunan kerjaya dalam organisasi: satu kajian di Johor Corporation, Johor Darul Takzim

Md. Ali, Azlah and Thuaibah, Thuaibah and Omar, Rozeyta and Awee, Azeyan and Mohsin, Farhana Hanim and Zulkifli, Intan Shahnaz (2009) Persepsi pekerja terhadap strategi pembangunan kerjaya dalam organisasi: satu kajian di Johor Corporation, Johor Darul Takzim. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 255-284. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
690kB

Abstract

Pembangunan kerjaya perlu dititikberatkan bagi pihak organisasi kerana ia dapat memberi peluang kepada para pekerja untuk berusaha keras membangunkan kerjaya dan memikirkan tentang kedudukan dan masa depan mereka dalam sesebuah organisasi. Bagi mengkaji pembangunan kerjaya, konsep pembangunan kerjaya amat penting untuk difahami terlebih dahulu. Pembangunan kerjaya merupakan suatu pendekatan formal yang digunakan oleh organisasi untuk membantu individu mendapatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjayakan pekerjaan masa kini dan juga pada masa hadapan (Zafir dan Fazilah, 2003). Persepsi sering dikaitkan dengan pandangan seseorang individu. Persepsi setiap orang adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing. Persepsi merupakan proses fizikal dan juga kognitif yang kompleks, aktif dan dinamik. Menurut Jaafar (1997), persepsi didefinisikan sebagai proses di mana individu memilih, menyusun dan menerima segala maklumat yang diperolehi melalui deria. Persepsi dapat melahirkan satu gambaran dan kefahaman yang berguna. Memandangkan pembangunan kerjaya dilihat sebagai salah satu aspek pengurusan sumber manusia yang penting, adalah perlu untuk mengkaji persepsi pekerja terhadap aspek strategi pembangunan kerjaya. Ia dapat mengkaji sejauh mana organisasi dan individu pekerja itu memberi perhatian terhadap pembangunan kerjaya pekerja berdasarkan tahap-tahap strategi pembangunan kerjaya yang ingin dikaji.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14769
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 02:12
Last Modified:13 Aug 2017 01:56

Repository Staff Only: item control page