Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran informal ke arah memperkasa modal insan: penglibatan, halangan dan cabaran dalam kalangan staf akademik IPTA

Mat Junoh, Adanan and Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Abdul Ghafar, Mohamad Najib and Hassan, Zainudin (2009) Pembelajaran informal ke arah memperkasa modal insan: penglibatan, halangan dan cabaran dalam kalangan staf akademik IPTA. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 83-112. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
1MB

Abstract

Modal merupakan satu perkataan yang sering diucapkan oleh hampir semua ahli masyarakat di seluruh dunia termasuk masyarakat Malaysia. Menurut Becker (2007), pada kebanyakan individu di dunia pada hari ini modal seringkali merujuk kepada wang yang berada di dalam akaun simpanan mereka (malah berapa akaun yang mereka miliki!), atau saham yang dimiliki serta bilangan kilang yang dibina di sesebuah kawasan perindustrian. Ini merupakan contoh-contoh bentuk modal yang sering dikatakan aset seseorang yang sangat berharga untuk menjana pendapatan (Becker, 2007). Bentuk-bentuk modal yang dicadangkan oleh Becker seperti yang digariskan di atas merupakan modal fizikal yang dapat dilihat (tangible capital) yang sangat berkait rapat dengan elemen kewangan bagi individu atau organisasi. Modal yang dibangunkan berdasarkan aset kewangan di atas merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan organisasi pada era ekonomi yang berasaskan pengeluaran. Bagaimana pula dewasa ini?

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions:Education
ID Code:14764
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 10:08
Last Modified:13 Aug 2017 09:51

Repository Staff Only: item control page