Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Degradasi Tirosina Menggunakan Mangkinfoto Berasaskan TiO2

Ali, Rusmidah and Maisoan @ Selamat, Siti Salamah (2002) Degradasi Tirosina Menggunakan Mangkinfoto Berasaskan TiO2. Jurnal Teknologi C (37C). pp. 39-53. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
584kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/C/JT37...

Abstract

Asid amino merupakan bahan asas dalam tisu tumbuhan dan haiwan. Tirosina (Tr) salah satu jenis asid amino yang mengandungi gelang aromatik, telah dipilih sebagai sampel untuk proses degradasi dalam medium akueus. Ini bertujuan melihat kesan penggunaan mangkinfoto dalam sinaran ultralembayung (ë < 400 nm) atau cahaya matahari ke atas molekul tirosina. Kajian telah dijalankan menggunakan sistem cahaya, mangkin serbuk TiO2, hidrogen peroksida, H2O2 dan ion logam. Penambahan ion logam seperti Ni2+, Cu2+, Ag+, Mn2+, Co2+, Fe2+ dan Cd2+ dan agen pengoksidaan, iaitu hidrogen peroksida adalah untuk mendapatkan kaedah yang paling cekap. Keputusan menunjukkan penambahan H2O2 dan ion Fe2+ dan Ni2+ berjaya meningkatkan kecekapan proses degradasifoto tirosina. Ion Ni2+ memberikan keputusan terbaik berbanding ion-ion lain. Ion Cu2+, Ag+, Mn2+ dan Cd2+ merencat proses degradasi. Keputusan juga menunjukkan cahaya matahari adalah setanding dengan cahaya ultralembayung. Kepekatan H2O2 terbaik adalah 5.0 × 10–2 M dansemakin banyak TiO2 digunakan semakin baik peratus degradasi tirosina. Oleh itu kaedah optimum untuk proses degradasifoto ialah Tr 2.5 × 10–4 M + TiO2 + H2O2 5.0 × 10–3 M + Mn+ 1.0 × 10–2 M. Proses degradasifoto dikaji menggunakan spektroskopi ultralembayung-nampak pada julat panjang gelombang 400-200 nm.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Tirosina, degradasifoto, serbuk TiO2, akueus
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:Science
ID Code:1427
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 02:26
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page